HIDUP TANPA ILMU

APABILA HIDUP TIDAK BERlLMU.

Apabila hidup kita tidak berilmu maka kehidupan kita ibarat malam yang tidak mempunyai cahaya, berjalan meraba2 dan akhirnya tersesat kejalan yang benar.

Hakikatnya inilah realiti kehidupan sesetengah daripada kalangan kita. Beribadah membuta tuli tanpa mahu merujuk kepada alim ulama.

Apabila hidup kita tidak beriman maka kehidupan kita ibarat kapal yang belayar tanpa ada arah tujuan lalu tersesat hilang arah tujuan dan seterusnya hanyut entah kemana.

Hakikatnya ini memang benar kerana kalau kita lihat hari ini berapa ramai dikalangan kita yang mengaku islam akan tetapi ianya hanya pada nama saja.

Tidak bersolat apatah lagi mengerjakan apa yang suruh oleh syariat. Justeru itu bagaimana iman akan akan meresap kedalam dada.

Apabila hidup kita tidak berakhlak kehidupan kita ibarat pohon yang penuh degan dedaunnya, walaupun rimbunnya nampak cantik namun sayangnya ianya tidak berbunga.

Hakikatnya memang benar sekali. Cuba lihat disekeliling kita pada hari ini.

Ramai dikalangan kita yang mengaku islam namun realitinya akhlaknya tidak menunjukkan sifat keislaman yang sebenarnya.

Mengadu domba, fitnah memfitnah dan sebagainya dah jadi lumrah dalam kehidupan kita.

Justeru itu bagaimana mungkin orang bukan islam hendak menghormati kita sekiranya akhlak sebegini ditunjukkan oleh segelintir daripada kalangan kita.

Justeru itu cuba lah cari makna tujuan hidup kita diatas mukabumi ini.

Galilah permata kehidupan disebalik firman Allah yang bermaksud :

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah kepads Ku" (Al Zariyat ayat 56)

Komentar